Kebelakangan ini saya sering dituduh sebagai jiran yang tidak
baik.
Saya adalah wakil pemilik 3 ekar tanah yang berjiran dengan
26 banglo di sebuah Taman di Gombak . Bermakna saya seorang berjiran dengan 26
orang dan perlu menghormati kesemua 26 mereka untuk mendapat status jiran
baik. Cukup seorang jiran yang saya
tidak berbaik tetapi ceritanya digoreng diletak cili ditambah perasa apalah
disbanding yang 25 lagi.
Konsep saya sebenarnya mudah kerana saya sering cuba untuk
mengikut ajaran Quran, dimana bila datang satu berita kepada kita selidiki
dahulu, paling tidak bertanyalah pada pihak lagi satu yang terlibat, beri dia
peluang untuk membersihkan namanya.
Saya sombong dan tidak menghormati jiran itulah fitnah yang
dijaja kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid, SUK Selangor Datuk Khusrin Munawi,
SETPOL Faekah Hussein, para wartawan Sinar Harian, Utusan Malaysia, MPS malah
kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa.
Saya tidak rela membuka aib orang atau menuduh tanpa bukti
kerana jika saya melakukannya apa beza saya dengan mereka. Lagipun saya masih
takut dengan neraka dan soal Allah kelak. Saya juga bukan menulis artikel ini
untuk menjawab tuduhan atau menuduh, nasi sudah jadi bubur gara-gara fitnah
melampau.
Beginilah, pembaca yang budiman akali dan hakimilah saya;
Apatah saya jiran yang tidak baik sekiranya;
1. Saya memenuhi
setiap 5 undangan pemilik Banglo berlainan tahun atas semangat kejiranan
walaupun saya tahu tiada gunanya kerana pada masa itu mereka tidak mewakili
suara semua pemilik jadi apalah guna berjumpa jika tiada keputusan boleh dibuat
2. Saya membantu
mereka dari segala sudut yang mereka minta dan saya sendiri secara peribadi
memberi mereka alamat semua pemilik tanah yakni saudara kami bagi memudahkan
urusan mereka.
3. Saya sendiri
menawarkan diri menjadi orang tengah jika mereka berminat untuk membeli tanah
milik saudara saya agar masalah mereka diselesaikan
Apakah saya jiran yang jahat sekiranya;
1. Saya tidak
menegur sapa dengan mereka yang menceroboh 10,000 kaki tanah saya untuk dibuat
jalan yang mereka guna setiap hari
2. Saya tidak
senyum pada mereka yang menceroboh 6000 kaki tanah saya untuk dibuat longkang
bagi mengalirkan setiap titisan air dari rumah mereka kedalam tanah saya
3. Apakah perlu
saya angkat tangan pada mereka yang selalu ram kereta mereka sekuatnya atas
alasan yang saya tidak pasti samada mahu terkucil atau memang ada urgency
Apakah saya jiran Yahudi sekiranya;
1. Bila saya
mengatakan pada mereka, Jalan dan Longkang mereka menceroboh tanah saya dan
mereka menjawab itu urusan saya dengan pemaju perumahan mereka dan bukan
mereka. Seolah, mereka upah pembunuh merampas anak saya dari saya dan bila saya
bertanya pada mereka, jawapannya itu urusan saya dengan pembunuh yang mereka
upah, bukan urusan mereka
2. Bila saya
mengatakan pada mereka bahawa pemaju enggan bertanggungjawab mereka jawab
sekurangnya saya dapat menggunakan jalan tersebut dan longkang tersebut
dan tidak perlu mengeluarkan modal
3. Saya membina
bangunan tanpa kebenaran PBT kerana tanah saya tanah pertanian dan pertukaran
status tanah memakan belanja hampir 100 ribu, malah perlu melalui proses sukar
di Bahagian Faraid yang umumnya mengambil masa 10 tahun, saya akui kesalahan
saya yang tidak seberapa itu. Sayakah Yahudi yang merampas tanah Palestin?
Kesimpulannya, apa yang terjadi pada saya adalah seperti ini,
Bayangkan, anda mempunyai halaman rumput berukuran 200sqft dikiri rumah anda.
Jiran anda kemudian menyimen tanah tersebut untuk dibuat parkir bagi meletak
keretanya. Bila anda tanya pada jiran, anda mereka jawab itu anda kena tanya
dengan kontraktor yang mereka upah.
Sebagai jiran yang baik, anda diamkan sahaja, kemudian pada
hujung minggu apabila saudara anda datang dan tiada parkir lalu meletak kereta
atas petak parkir tersebut yang berada dalam tanah anda, lalu jiran anda
mengamuk dan menjerit ditepi jalan suruh anda jangan buat majlis kenduri.
Ok, anda diamkan lagi. Malangnya, diam dan baik anda tidak
dihargai kerana jiran anda melaporkan kepada Majlis Perbandaran Selayang bahawa
rumah anda tidak mempunyai pelan kelulusan bangunan. Lalu MPS datang merobohkan
bangunan anda dan bila anda tanya pada MPS bagaimana dengan parkir yang jiran
anda bina dalam tanah anda, MPS jawab Jabatan Bangunan hanya “tackle” bahagian
bangunan sahaja parkir adalah masalah Jabatan lain.
Akhirnya, kerana anda tidak mempunyai kabel MB atau SUK
Selangor, MPS merobohkan rumah anda dan membiarkan jiran anda menggunakan tanah
anda untuk parkir sesuka hati.
Saya Cuma ingin bertanya, apakah saya jiran yang jahat atau
jiran saya yang Yahudi merobohkan bangunan orang Islam?
Yang paling menyedihkan, watak-watak sanjungan masyarakat
seperti SUK Selangor Datuk Khusrin, MB Tan Sri Khalid hanya mendengar sebelah
pihak dan tidak turun padang atau
sekurangnya bertanyalah pada Ahli Majlis MPS Zon tersebut yang dilantik oleh MB
sendiri.
Kisah benar yang wajib dishare supaya kita muhasabah diri
jangan dengar sebelah pihak sahaja. berilah kedua pihak peluang yang sama
membersihkan nama sebelum menjatuhkan hokum dan komen.
No comments:
Post a Comment