Friday 27 September 2013

Harga Diselaraskan Mulai 12 Syawal 1434, 19 Ogos 2013

Update: 27 September 2013

Selepas setahun beroperasi, harga RPSG kini adalah RM 23.00 Dewasa, RM 15.00 Warga Emas (60 tahun dan keatas) dan RM 10.00 Kanak-kanak(6tahun - 12tahun). Kanak-kanak berumur 5 tahun dan kebawah percuma.

Harga terpaksa diselaraskan pada 12 Syawal 1434 bersamaan 19 Ogos 2013 atas sebab kenaikan harga barang sebelum bulan puasa lagi. Kami tidak bernasib baik kerana sebulan selepas menyelaraskan harga buffet ami,  harga minyak pula naik 20sen dan sudah tentu disambut harga semua barangan.

Walaupun begitu, kami komited mengekalkan harga ini walaupun selepas minyak naik dan berharap dapat mengekalkannya lebih lama berbanding sebelum ini asalkan mendapat sokongan para pelanggan.

Terima kasih atas kerjasama dan pengertian pihak Tuan/Puan.  

Original Posting 27 Feb 2013

Tajuk : RM 19.90 Dewasa, RM 9.90 Kanak-Kanak & RM 14.90 Senioritas

Rahman Palace Buffet Steamboat n Grill mula beroperasi pada 8 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 28 July 2012 dengan harga buffet RM 19.90 Dewasa, RM 9.90 Kanak-Kanak & RM 14.90 Senior dan Senioritas.

Bertemakan open place, Rahman Palace boleh memuatkan 300 orang dibawah bumbung dan 500 orang di tanah lapang kami. Sama seperti steamboat lain, pembaziran amat tidak digalakkan, dan menyokong industri Melayu Islam amat-amat digalakkan.

Kami berada di belakang 2 Shell kembar siam di MRR2 dari Taman Melati ke Batu Caves/UIA, atau lebih tepat dibelakang Restoran Kunang-kunang. Untuk lebih panduan boleh hubungi kami di 013-3866888, 012-3589006 atau email kami di FB kami.

Antara Steamboat Melayu Islam yang anda boleh kunjungi adalah Kuang - D Manggis, BBQLand, Ibu Mertuaku dll, Gombak/Taman Melati - D Kuala, Restoran Nelayan, Rahman Palace, Terminal Seafood(pioneer), Selayang/Batu Caves- Cik Kiah, Asapanas Bistro, Malaya Steamboat dll, Subang- Island BBQ dll, Shah Alam - Tupai2, D'Kayangan dll dan banyak lagi yang akan saya tambah dari masa ke semasa. Harga steamboat in berbeza antara RM 19.90 - RM 40.00 mengikut kepelbagaian, konsep dan persaingan setempat.

Kami di Rahman Palace menawarkan harga RM 19.90, jika Tuan-Tuan berpuas hati kami bersyukur pada Allah, jika Puan-Puan tidak berpuas hati kami mohon maaf.

Gambar berikut diambil sekitar Rahman Palace.







Pelanggan bebas memilih mengikut citarasa dan keperluan masing-masing tetapi jika boleh biarlah menyokong perniagaan Melayu Islam. Bukan mahu bersikap perkauman, tetapi bangsa Cina sudah lama menyokong industri mereka, peniaga mereka, produk mereka sahaja, justeru tidak salah jika Melayu juga mengikut sikap baik orang Cina ini.

Untuk yang sudah mula merancang berbuka puasa nanti, Surau Ar-Rahman(terbuka) disediakan dan boleh menampung 30-40 jemaah lelaki dan perempuan satu masa.

Untuk lebih makluman serta gambar boleh lawati kami di https://www.facebook.com/buffetsteamboat.rahmanpalace


Sekian. Wassalamu.

Wednesday 24 July 2013

Harga Buffet Ramadhan 2013 RM 24.90

Salam....

Pihak Rahman Palace ingin meminta maaf atas kekeliruan para pelanggan yang dihormati dengan harga kami yang baru.

Harga ini hanya untuk bulan puasa kerana ada pertambahan menu lebih 10 jenis lauk, nasi lemak, ice blended, chicken wing, burger, nugget, ikan bakar dan lain-lain.

Selepas bulan ramadhan ini harga akan turun pada RM 19.90 khusus kepada student/pelajar dengan penambahan menu dan harga dewasa mungkin akan naik sedikit tapi bukan RM 24.90.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang telah banyak menyokong kami khususnya pelajar UIAM, UTM, UM dan UiTM.

Terima kasih.