Wednesday, 24 September 2014

KISAH BENAR UNTUK SHARE: CUBA ADILI SIAPA Jiran Yang Tidak Baik atau Jiran Yahudi = Melayu Kaki Fitnah


Kebelakangan ini saya sering dituduh sebagai jiran yang tidak baik.

Saya adalah wakil pemilik 3 ekar tanah yang berjiran dengan 26 banglo di sebuah Taman di Gombak . Bermakna saya seorang berjiran dengan 26 orang dan perlu menghormati kesemua 26 mereka untuk mendapat status jiran baik.  Cukup seorang jiran yang saya tidak berbaik tetapi ceritanya digoreng diletak cili ditambah perasa apalah disbanding yang 25 lagi.

Konsep saya sebenarnya mudah kerana saya sering cuba untuk mengikut ajaran Quran, dimana bila datang satu berita kepada kita selidiki dahulu, paling tidak bertanyalah pada pihak lagi satu yang terlibat, beri dia peluang untuk membersihkan namanya.

Saya sombong dan tidak menghormati jiran itulah fitnah yang dijaja kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid, SUK Selangor Datuk Khusrin Munawi, SETPOL Faekah Hussein, para wartawan Sinar Harian, Utusan Malaysia, MPS malah kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa.

Saya tidak rela membuka aib orang atau menuduh tanpa bukti kerana jika saya melakukannya apa beza saya dengan mereka. Lagipun saya masih takut dengan neraka dan soal Allah kelak. Saya juga bukan menulis artikel ini untuk menjawab tuduhan atau menuduh, nasi sudah jadi bubur gara-gara fitnah melampau.

Beginilah, pembaca yang budiman akali dan hakimilah saya;

Apatah saya jiran yang tidak baik sekiranya;

1.         Saya memenuhi setiap 5 undangan pemilik Banglo berlainan tahun atas semangat kejiranan walaupun saya tahu tiada gunanya kerana pada masa itu mereka tidak mewakili suara semua pemilik jadi apalah guna berjumpa jika tiada keputusan boleh dibuat

2.         Saya membantu mereka dari segala sudut yang mereka minta dan saya sendiri secara peribadi memberi mereka alamat semua pemilik tanah yakni saudara kami bagi memudahkan urusan mereka.

3.         Saya sendiri menawarkan diri menjadi orang tengah jika mereka berminat untuk membeli tanah milik saudara saya agar masalah mereka diselesaikan

Apakah saya jiran yang jahat sekiranya;

1.         Saya tidak menegur sapa dengan mereka yang menceroboh 10,000 kaki tanah saya untuk dibuat jalan yang mereka guna setiap hari

2.         Saya tidak senyum pada mereka yang menceroboh 6000 kaki tanah saya untuk dibuat longkang bagi mengalirkan setiap titisan air dari rumah mereka kedalam tanah saya

3.         Apakah perlu saya angkat tangan pada mereka yang selalu ram kereta mereka sekuatnya atas alasan yang saya tidak pasti samada mahu terkucil atau memang ada urgency

Apakah saya jiran Yahudi sekiranya;

1.         Bila saya mengatakan pada mereka, Jalan dan Longkang mereka menceroboh tanah saya dan mereka menjawab itu urusan saya dengan pemaju perumahan mereka dan bukan mereka. Seolah, mereka upah pembunuh merampas anak saya dari saya dan bila saya bertanya pada mereka, jawapannya itu urusan saya dengan pembunuh yang mereka upah, bukan urusan mereka

2.         Bila saya mengatakan pada mereka bahawa pemaju enggan bertanggungjawab mereka jawab sekurangnya saya dapat menggunakan jalan tersebut dan longkang tersebut dan  tidak perlu mengeluarkan modal

3.         Saya membina bangunan tanpa kebenaran PBT kerana tanah saya tanah pertanian dan pertukaran status tanah memakan belanja hampir 100 ribu, malah perlu melalui proses sukar di Bahagian Faraid yang umumnya mengambil masa 10 tahun, saya akui kesalahan saya yang tidak seberapa itu. Sayakah Yahudi yang merampas tanah Palestin?

Kesimpulannya, apa yang terjadi pada saya adalah seperti ini, Bayangkan, anda mempunyai halaman rumput berukuran 200sqft dikiri rumah anda. Jiran anda kemudian menyimen tanah tersebut untuk dibuat parkir bagi meletak keretanya. Bila anda tanya pada jiran, anda mereka jawab itu anda kena tanya dengan kontraktor yang mereka upah.

Sebagai jiran yang baik, anda diamkan sahaja, kemudian pada hujung minggu apabila saudara anda datang dan tiada parkir lalu meletak kereta atas petak parkir tersebut yang berada dalam tanah anda, lalu jiran anda mengamuk dan menjerit ditepi jalan suruh anda jangan buat majlis kenduri.

Ok, anda diamkan lagi. Malangnya, diam dan baik anda tidak dihargai kerana jiran anda melaporkan kepada Majlis Perbandaran Selayang bahawa rumah anda tidak mempunyai pelan kelulusan bangunan. Lalu MPS datang merobohkan bangunan anda dan bila anda tanya pada MPS bagaimana dengan parkir yang jiran anda bina dalam tanah anda, MPS jawab Jabatan Bangunan hanya “tackle” bahagian bangunan sahaja parkir adalah masalah Jabatan lain.

Akhirnya, kerana anda tidak mempunyai kabel MB atau SUK Selangor, MPS merobohkan rumah anda dan membiarkan jiran anda menggunakan tanah anda untuk parkir sesuka hati.

Saya Cuma ingin bertanya, apakah saya jiran yang jahat atau jiran saya yang Yahudi merobohkan bangunan orang Islam?

Yang paling menyedihkan, watak-watak sanjungan masyarakat seperti SUK Selangor Datuk Khusrin, MB Tan Sri Khalid hanya mendengar sebelah pihak dan tidak  turun padang atau sekurangnya bertanyalah pada Ahli Majlis MPS Zon tersebut yang dilantik oleh MB sendiri.


Kisah benar yang wajib dishare supaya kita muhasabah diri jangan dengar sebelah pihak sahaja. berilah kedua pihak peluang yang sama membersihkan nama sebelum menjatuhkan hokum dan komen.

Thursday, 24 July 2014

Tempahan hari ini masih dibuka..

Tempahan hari ini masih dibuka ye.. sila sms atau watsapp shj ke 0133866888.. mudahnkan.. tq


Khamis 24 july full house sekali lagi!!

Terima kasih kepada semua yang booking untuk berbuka puasa di rahman palace steamboat n grill... thank you so much!!!

Tempahan untuk hari ini masih ada 7meja...

Salam..
Tempahan hari ni hanya tinggal  7 meja shj setakat jam ini... cepat yer kalau nak table2 tersebut.. tq..

Tuesday, 22 July 2014

hari ini selasa 22 july, tempahan sudah penuh

Dari pagi nak upload status tempahan ditutup hari ni,.. rupanya tidak di publish status ini.. mintak maaf ye kepada semua yang call tak angkat atau tak dpt... admin tertinggal phone lepas publish status dah penuh utk hari ni, tp baru kejap ni check status tersebut tidak di publish pun... so sedihhhh

Saturday, 19 July 2014

Tempahan iftar hari ini ahad 20 july ditutup -full house

Assalammualaikum, utk makluman juga, pada hari ini ahad 20 july tempahan iftar di rahman palace steamboat & grill ditutup ye... meja dah penuh..mintak maaf semua...

Thursday, 17 July 2014

Tempahan ditutup pada sabtu 19 july 2014 - full house

Salam semua,
Kepada semua pelanggan yang dihormati, untuk makluman ye, tempahan iftar pada hari sabtu 19 july 2014  ditutup sejak 3 hari lepas, mintak maaf banyak2 kepada sesiap yang call atau sms dan kami terpaksa mengecewakan anda sebab tarikh itu sudah ramai yang booking sejak awal awal lagi..... dan untuk hari ini jumaat dan ahad masih terbuka tetapi meja agak limited. Sila booking segera sekiranya merancang untuk berbuka puasa di sini.. Trima Kasih u olllssss

Tuesday, 8 July 2014

HARI INI 11 RAMADHAN

Assalammualaikum
Kepada semua pelanggan yang dihormati... hari ini 11 ramadhan dimana harga early bird sudah tiada ye..jadi buffet ramadhan kami adalah rm32 untuk dewasa. Harga bagi kanak2 dan warga emas adalah sama...

Sunday, 22 June 2014

Buffet Ramadhan 2014

Maaf kerana amat jarang-jarang kemaskini blog ini.

Para pelanggan yang dihormati boleh juga mendapati kami di Facebook.

Kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Maaf Lahir Batin dari kami di Rahman Palace.


Pada bulan puasa ini harga Buffet Ramadhan 2014 adalah;

Adult                                          RM 32/ 29.90 nett***
Child ( 8 - 12yrs)                       RM 12.90 nett
Child (5 - 7 yrs)                         RM  9.90  nett
Senior Citizen (above 60 yrs)    RM 14.90 net
***Early bird price

Harga Buffet Ramadhan berlainan dengan harga biasa kerana penambahan menu antaranya;

Unlimited Air Gas, Chicken Wing, Ikan Bakar, Penambahan Lauk Pauk termasuk Sambal Petai dan lain-lain, Burger, Hot Dog ,nugget, kuih muih, noodle station dan lain-lain.


Sila hubungi kami untuk tempahan. 013 3866888 (Pn Ninie)